Lyrics

Berarak mendung kelabu Mengekori langkahku Sepanjang kehidupan Penuh dugaan Namun aku tetap aku Kucuba dan terus mencuba Mencapai suria Walau membakar jiwa Walau aku dihina Namun aku tetap aku Derita oh derita Engkau di mana-mana Walaupun jauh aku lari Mahu pun berdiam diri Namun indah mimpi dari realiti Hidupku tanpa arah Bagaikan layang-layang terputus talinya Derita oh derita Engkau di mana-mana Walaupun jauh aku lari Mahu pun berdiam diri Namun indah mimpi dari realiti Tapi pasti di suatu hari Nanti sinar suria 'kan menjelma Kucuba dan terus mencuba Mencapai suria Walau membakar jiwa Walau aku dihina Namun aku tetap aku
Writer(s): S. Amin Shahab, Mohd Nasir Mohamed Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out