Lyrics

Kebahagiaan cahya sanubari Terpancar di wajah berseri-seri Bermukim di hati Rahsia pesona peribadi Bila ditimpa musibah Duka penderitaan Sungguh, sabar itu indah Kebahagiaan sukar ditemui Selagi hati dikail pesona duniawi Segala-galanya telah dimiliki Tetap jua merasai belum mencukupi Di kala hati remuk keresahan Cubalah cari erti ketenangan Di hujung penderitaan pasti ada kebahgiaan Tempuhilah dengan keyakinan Di kala malam gelap gelita Baru terlihat bintang yang terang bercahaya Andai kehidupan serba kekurangan Yakinilah kesyukuran akan mencukupkan Seandai dimiliki hati yang begini Sudah menghampiri bahagia sejati Selepas kehilangan cinta manusiawi Kau kan jumpai cinta Ilahi Kebahagiaan sukar ditemui Selagi hati dikail pesona duniawi Segala-galanya telah dimiliki Tetap jua merasai belum mencukupi Di kala malam gelap gelita (ho-ho) Baru terlihat bintang yang terang bercahaya Andai kehidupan serba kekurangan (ho-wo-oh-ho) Yakinilah kesyukuran akan mencukupkan Bahagia sejati
Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out